Wednesday, March 27, 2019

Fakta bateri hari ini..

dengan ini saya memaklumkan bahawa setelah pencari dan tilikan yang dibuat, maka semua kereta berjenama perodua manggunakan bateri jenis NS40ZL. sekian, terima kasih.

untuk lebih info, boleh rujuk di sini.

Wednesday, March 20, 2019

cerita semalam @ inspen - koir & DIY tukar minyak hitam, palam pencucuh dan penapis angin Perodua Kenari.

tahun ni seperti biasa menjalankan tugas sebagai penghibur untuk rakan-rakan yang dianugerahkan APC (anugerah pencapaian cemerlang). seperti biasa juga lagu wajib negaraku dan lagu jpph berkumandang, dan sebagai tambahan hiburan untuk sahabat, ditambah lagi 2 lagu dari filem  bajrangi bhaijaan (tu jo mila & Chicken song), lagu tradisional 'lemak manis' dan satu lagu yang tengah kira popular masa ni 'temberang'(aida jebat).
pengajaran dari sini dan nota minda untuk diri sendiri 'jangan joget, nanti jadi pak lawak je'. 


tu cerita pagi, petang cerita nak servis kereta sendiri pula(kenari je). antara sebab-sebab yang membuatkan diri nak buat sendiri adalah kerana:

  • nampak senang dan rasa boleh buat lagi baik dan lebih lagi.
  • jimat. dahulu hantar kedai, tukar nimyak hitam dan penapis minyak sekali tak pernah lebih RM80, sekarang tak pernah bawah dari RM100.(beli online, minyak hitam, penapis minyak, penapis angin dan palam pencucuh RM76 siap pos.  upah free la)


Sebelum mula servis, kena siapkan alatan(tools) dulu, dan alatan yang diperlukan tak banyak mana. semuanya dah ada.

  1. spanar 14 (untuk buka penutup 'drain plug' minyak hitam)
  2. spanar 'spark plug' 16 (untuk buka palam pencucuh)
  3. spanar 10 (untuk buka penutup palam pencucuh)
  4. pembuka penapis minyak (aku pakai tangan je)
  5. bicu kereta 'car jack' (aku tak pakai pun)










Monday, February 18, 2019

Avengers.. mana nak tengok dulu (by geeks.media)

  • Iron Man (2008)
  • The Incredible Hulk (2008)
  • Iron Man 2 (2010)
  • Thor (2011)
  • Captain America: The First Avenger (2011)
  • The Avengers (2012)
  • Iron Man 3 (2013)
  • Thor: The Dark World (2013)
  • Guardians of the Galaxy (2014)
  • Guardians of the Galaxy Vol. 2 (2017)
  • Captain America: The Winter Soldier (2014)
  • Avengers: Age of Ultron (2015)
  • Ant-Man (2015)
  • Captain America: Civil War (2016)
  • Spider-Man: Homecoming (2017)
  • Black Panther (2018)
  • Doctor Strange (2016)
  • Thor: Ragnarok (2017)
  • Avengers: Infinity War (2018)
  • Ant-Man and the Wasp (2018)

Wednesday, October 10, 2018

birthday gift to my girl rania 4 tomorrow


sempena ulang tahun rania yang ke 9 esok, bersengkang mata yang dah teramat berat untuk tidur kerana baru selesai latihan bola tampar, membalut hadiah untuk 'my girl'. mengenangkan rania sudah bersusah payah untuk beli dan bungkus hadiah 'daddy' bulan september lepas, sekarang biar 'daddy' pula yang buat untuk rania.

di sini 'daddy' kongsi gambar sambutan hari lahir rania 5 tahun lepas. gambar ni 'daddy' kongsi di muka buku pada 11 Oktober 2013.


Friday, September 14, 2018

Semalam yang dingin


tengahari semalam menerima berita pemergian sahabat yang dikasihi, aleng(mohd faisal b jalaludin) akibat kanser. hajat hati nak masukkan gambar semasa lawatan ke hospital tapi biarlah kita mengenang sahabat dengan gambar terbaik dan terindah. semoga menceriakan hari sahabat yang lainnya. aleng meninggalkan isteri(ida) dan anak(ilman) serta seorang adik perempuan(nadia). ujian dari ALLAH adalah untuk orang-orang yang kuat. 
  
semalam juga, bersaranya sahabat sekerja en mohd khalid b hashim. semoga berbahagia meluangkan masa bersama keluarga.