tahun ni seperti biasa menjalankan tugas sebagai penghibur untuk rakan-rakan yang dianugerahkan APC (anugerah pencapaian cemerlang). seperti biasa juga lagu wajib negaraku dan lagu jpph berkumandang, dan sebagai tambahan hiburan untuk sahabat, ditambah lagi 2 lagu dari filem bajrangi bhaijaan (tu jo mila & Chicken song), lagu tradisional 'lemak manis' dan satu lagu yang tengah kira popular masa ni 'temberang'(aida jebat).
pengajaran dari sini dan nota minda untuk diri sendiri 'jangan joget, nanti jadi pak lawak je'.
tu cerita pagi, petang cerita nak servis kereta sendiri pula(kenari je). antara sebab-sebab yang membuatkan diri nak buat sendiri adalah kerana:
- nampak senang dan rasa boleh buat lagi baik dan lebih lagi.
- jimat. dahulu hantar kedai, tukar nimyak hitam dan penapis minyak sekali tak pernah lebih RM80, sekarang tak pernah bawah dari RM100.(beli online, minyak hitam, penapis minyak, penapis angin dan palam pencucuh RM76 siap pos. upah free la)
Sebelum mula servis, kena siapkan alatan(tools) dulu, dan alatan yang diperlukan tak banyak mana. semuanya dah ada.
- spanar 14 (untuk buka penutup 'drain plug' minyak hitam)
- spanar 'spark plug' 16 (untuk buka palam pencucuh)
- spanar 10 (untuk buka penutup palam pencucuh)
- pembuka penapis minyak (aku pakai tangan je)
- bicu kereta 'car jack' (aku tak pakai pun)
No comments:
Post a Comment