permulaan hari yang indah dengan cuaca redup mendung tapi tidak hujan. bersama abang long hemi(vts200) berdua meredah jalan dalam tujuan perjalanan kesempadan negeri sembilan melaka mengikuti jalan lama. ride ini bagimengubat hati kerana tidak kesampaian untuk konvoi ke kuala terengganu semalam(sabtu) kerana sebab musabab.
bergerak dari shell jam 9.00pagi terus ke port dickson tapi 20km sebelum sampai ke sempadan negeri sembilan melaka, singgah dulu minum pagi di warung tepi jalan. perancangan perjalanan hari ini untuk ride dan balik rumah bagi keluar untuk sambutan hari lahir aisya rania (anak dara ambe) di restoran berdekatan.
sedang minum terima panggilan dari adik cakap yang cik na (makcik sebelah ma - kembar ma) sedang tenat sebab jangkitan kuman pada lutut. selang 10minit, ma telefon," cik na dah tak ada". ringkas cerita, hemi cadang untuk terus balik. ringkas cerita lagi, sampai rumah, ajak semua untuk balik ke chini dan cakap pada rania yang tak dapat nak sambut hari lahir dia hari ni.
walaupun agak lewat bertolak ke chini, tapi masa sampai tu, sempat menatap cik na sebelum wajahnya ditutup kain. sempat juag sembahyangkan jenazah dan sempat juga membantu serba sedikit di tanah perkuburan. al fatihah
No comments:
Post a Comment