Sunday, October 11, 2020

gloomy sunday

permulaan hari yang indah dengan cuaca redup mendung tapi tidak hujan. bersama abang long hemi(vts200) berdua meredah jalan dalam tujuan perjalanan kesempadan negeri sembilan melaka mengikuti jalan lama. ride ini bagimengubat hati kerana tidak kesampaian untuk konvoi ke kuala terengganu semalam(sabtu) kerana sebab musabab.


bergerak dari shell jam 9.00pagi terus ke port dickson tapi 20km sebelum sampai ke sempadan negeri sembilan melaka, singgah dulu minum pagi di warung tepi jalan. perancangan perjalanan hari ini untuk ride dan balik rumah bagi keluar untuk sambutan hari lahir aisya rania (anak dara ambe) di restoran berdekatan.

sedang minum terima panggilan dari adik cakap yang cik na (makcik sebelah ma - kembar ma) sedang tenat sebab jangkitan kuman pada lutut. selang 10minit, ma telefon," cik na dah tak ada". ringkas cerita, hemi cadang untuk terus balik. ringkas cerita lagi, sampai rumah, ajak semua untuk balik ke chini dan cakap pada rania yang tak dapat nak sambut hari lahir dia hari ni.


walaupun agak lewat bertolak ke chini, tapi masa sampai tu, sempat menatap cik na sebelum wajahnya ditutup kain. sempat juag sembahyangkan jenazah dan sempat juga membantu serba sedikit di tanah perkuburan. al fatihah

Wednesday, October 07, 2020

happy birthday my love

acara istimewa hari ini, sambutan hari lahir kekasih hati. walaupun ringkas, tapi cukup seronok (bagi aku). 8.15mlm bergerak ke el boney cafe di kota warisan. terkenal juga boney ni, restoran ni pernah masuk jalan-jalan cari makan (aku pun tak tau).kenal boney melalui youtube dengan motor jaguh custom yang bagi akusedap mata memandang. rupanya dia ni seorang cef masakan barat. layanan memang terbaik dan siap nyanyikan lagu hari lahir untuk isteri malam tu. terima kasih sekali lagi.


bersembang dengan boney memang seronok sebab dia layan kita ikhlas dan macam dah lama kenal. adalah tanya pasal badar rider (geng motor dia). dia pelawa untuk ikut ride jika berkelapangan. mr boney, anda memang terbaik (ambe doakan panjang umur dengan keberkatan, dimurahkan rezeki yang halal dan dihindari bala bencana sekeluarga - amin)