Wednesday, August 10, 2016

boboiboy, pokemon dan vr box.

cerita al kisah pertama...


kad ini yang budak sekolah rendah tengah gila sekarang ni. beli coki coki satu pek dan dapatlah kad boboiboy ni 3 keping. boleh buat main lawan lawan guna 'app' dalam 'smartphone'. hendak dijadikan cerita cikgu di sekolah rampas pasal bawa permainan ke sekolah. diminta ayahnya minta pulangkan daripada tangan guru. si ayah kata kalau dah kena rampas boleh ucap selamat tinggal. si anak tenang sahaja dan buatlah kad sendiri... 



al kisah kedua..


si anak-anak tengah gila 'vr box' lepas mencuba secara percuma di kedai telefon. lalu memujuk ayahnya untuk belikan satu. si ayah berkata mahal dan tak cukup duit untuk membeli barang tersebut. si anak memujuk untuk menggunakan duit sendiri tapi si ayah berkata duit si anak untuk kegunaan belajar sahaja. si anak bertenang sahaja. sampai ke rumah malam itu si anak anak bertungkus lumus membuat 'vr box' sendiri. hasilnya..


macam inilah kalau dah letak 'smartphone' nya.




al kisah ketiga..



kegilaan pokemon melanda. sampai si anak-anak asyik bertanya pasal halal dan haram yang di dengarnya di sekolah. si anak mahu 'download' perisiannya tetapi si ayah berkata 'no way man'. si anak tenang sahaja lukis anak main sendiri tanpa 'smartphone'.

daripada kisah-kisah di atas si ayah tak tahu apa reaksi yang betul, kesian? marah? bangga? pening

No comments:

Post a Comment