Friday, August 12, 2016
Wednesday, August 10, 2016
boboiboy, pokemon dan vr box.
cerita al kisah pertama...
kad ini yang budak sekolah rendah tengah gila sekarang ni. beli coki coki satu pek dan dapatlah kad boboiboy ni 3 keping. boleh buat main lawan lawan guna 'app' dalam 'smartphone'. hendak dijadikan cerita cikgu di sekolah rampas pasal bawa permainan ke sekolah. diminta ayahnya minta pulangkan daripada tangan guru. si ayah kata kalau dah kena rampas boleh ucap selamat tinggal. si anak tenang sahaja dan buatlah kad sendiri...
al kisah kedua..
si anak-anak tengah gila 'vr box' lepas mencuba secara percuma di kedai telefon. lalu memujuk ayahnya untuk belikan satu. si ayah berkata mahal dan tak cukup duit untuk membeli barang tersebut. si anak memujuk untuk menggunakan duit sendiri tapi si ayah berkata duit si anak untuk kegunaan belajar sahaja. si anak bertenang sahaja. sampai ke rumah malam itu si anak anak bertungkus lumus membuat 'vr box' sendiri. hasilnya..
macam inilah kalau dah letak 'smartphone' nya.
al kisah ketiga..
kegilaan pokemon melanda. sampai si anak-anak asyik bertanya pasal halal dan haram yang di dengarnya di sekolah. si anak mahu 'download' perisiannya tetapi si ayah berkata 'no way man'. si anak tenang sahaja lukis anak main sendiri tanpa 'smartphone'.
daripada kisah-kisah di atas si ayah tak tahu apa reaksi yang betul, kesian? marah? bangga? pening
Monday, August 08, 2016
Presint 15 - diplomatik
Tempat kegemaran untuk gunting rambut. Nama tempat tak ingat sangat tapi kedai gunting india. 3 kepala sekali gus hari ni rm26. Harga biasa, tapi kalau mahu yang luar biasa, ada satu kedai yang dikatakan milik satu artis tu, rm25 satu kepala. Tempatnya di sini, selang dua tiga kedai saja. Duit anda, pilihan anda.
Sunday, August 07, 2016
This is bagan serai
Dalam perjalanan balik dari utara, cuba melalui jalan dalam. Melalui pekan bagan serai. Masjidnya terletak dijalan utama. Senang orang tempatan dan orang yang lalu di sini untuk solat.
Friday, August 05, 2016
Rtc perak
Pertama kali singgah rtc perak. Biasa kalau ke utara selalu terlepas bila nak berhenti di sini. Bangunan utamanya agro mall. mydin, kfc dan bermacam kedai jualan terdapat di sini. Luas dan selesa.
Thursday, August 04, 2016
Wednesday, August 03, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)