Wednesday, November 16, 2016

Pertama kali men'dobi' di kampung


oleh kerana mesin basuh di rumah ni rosak danbaju yang dibawa tak sampai 5 helai, jadi kena pergi dobi layan diri pasal nak cepat. tak sangka, sudah maju kehidupan orang kampung sekarang. balik kampung seminggu dari ahad dan hari ini sudah tak ada baju nak pakai.

Thursday, November 10, 2016

last night @ tawau




malam terakhir di tawau ni, bos pejabat disini belajan makan seafood di satu restoran ni. terima kasih banyak kerana sudi belanja makan, sedap. mula-mula masuk kedai macam lengang je. tapi lepas tu kedai ni mula penuh dengan pelanggan. meriah juga.

Tuesday, November 08, 2016

9th day @ tawau


hari ini rasa terlebih cergas sikit, jadinya, dari hotel dengan berbekalkan sepasang kaki, berjalanlah sekitar bandar tawau ni. walaupun tak sebesar mana, tapi segalanya ada. diatas ni gambar pasar tempat menjual barangan kering. ikan bilis dan antara barang yang ramai orang semenanjung cari adalh kopi tawau. baunya memang sedap.

Friday, November 04, 2016

5th day @ wisma persekutuan tawau


hari ini hanya berada di bandar tawau iaitu di bangunan persekutuan ini melakukan kerja 'editing' gambar yang diambil sepanjang seminggu yang lepas.

Thursday, November 03, 2016

4th day final half @ semporna











4th day second half @ semporna


masjid yang terdapat di pusat bandar semporna. kebanyakan kubah masjid di sabah menggunakan kemasan bewarna perak. 





4th day @ kunak


mana-mana tempat di sabah memang cantik. walaupun masih terdapat kesan kebakaran besar yang pernah berlaku di kunak ini, tempat ini masih memukau pandangan kerana kecantikanya. aktiviti utama di sini adalah menangkap ikan.




pasar tempat dimana pengujung boleh membeli hasil laut dengan harga yang sangat murah. 




jeti tempat ikan segar sampai dari laut.




sangat bertuah hari in kerana dapat menyaksikan sendiri bot yang baru sampai membawa ikan segar. aktiviti disini menjadi sangat rancak pada waktu ini. ada masa kita bole membeli ikan dengan harga  rm5 sahaja untuk satu baldi/bakul. 






Wednesday, November 02, 2016

Third day noon @ tambisan


tambisan ini terletak paling hujung di negeri sabah. disini juga dikatakan terdapat kawasan sejarah peperangan seperti yang terdapat di tanduo. terdapat bot polis yang sentiasa berjaga disini.

Third day @ lahad datu


untuk malam kedua dan ketiga, felda residence sahabat menjadi tempat bermalam. Felda sahabat ini terletak di daerah lahad datu. dikatakan kawasa tanaman kelapa sawit disini lebih besar daripada negeri melaka.




ini adalah permadangan dari bilik penginapan. begitu hampir dengan pantai. tetapi dikatakan terdapat buaya dipantai ini. papan tanda amaran buaya juga ada diletakkan ditepi pantai.

Tuesday, November 01, 2016

Second day @ tawau


tempat menginap pertama di negeri bawah bayu daerah tawau ni. MB hotel tempat yang sangat strategik kerana berada di tengah bandar tawau ni. turun sahaja kebawah untuk makan malam kerana banyak restoran disekeliling hotel ini.


pandangan dari bilik hotel yang menarik kerana menghadap kawasan bandar sebelah pantai.




masjid yang berdekatan dengan hotel. boleh dilihat dari bilik hotel.




makan petang/malam di restoran yang berada berdekatan dengan hotel. dikatakan disini hidangan yang paling digemari adalah 'sanggar cheese'. tapi apa yang dijadikan alas perut untuk malam ini adalah 'nasi lalap'. dikatakan hidangan yang popular untuk makan tengahari atau malam. juga dihidangkan bersama lauk ikan, atas citarasa sendiri.