Friday, December 30, 2016
Thursday, December 22, 2016
Cargo pick-up @ lcct klia
hari ini menunggu katibaan ikan bilis yang dikirim daripada tawau, sabah. inilah kali pertama menggunakan khidmat syarikat penghantaran selain dari pos laju dan yang lain-lain sebab barang ni beratnya 25kg. kalau pakai pos laju, kos akan tinggi. kalau perniagaan ni berjaya, akan diteruskan di bulan yang akan datang.
Saturday, December 03, 2016
Tuesday, November 22, 2016
Wednesday, November 16, 2016
Pertama kali men'dobi' di kampung
oleh kerana mesin basuh di rumah ni rosak danbaju yang dibawa tak sampai 5 helai, jadi kena pergi dobi layan diri pasal nak cepat. tak sangka, sudah maju kehidupan orang kampung sekarang. balik kampung seminggu dari ahad dan hari ini sudah tak ada baju nak pakai.
Thursday, November 10, 2016
last night @ tawau
malam terakhir di tawau ni, bos pejabat disini belajan makan seafood di satu restoran ni. terima kasih banyak kerana sudi belanja makan, sedap. mula-mula masuk kedai macam lengang je. tapi lepas tu kedai ni mula penuh dengan pelanggan. meriah juga.
Tuesday, November 08, 2016
9th day @ tawau
hari ini rasa terlebih cergas sikit, jadinya, dari hotel dengan berbekalkan sepasang kaki, berjalanlah sekitar bandar tawau ni. walaupun tak sebesar mana, tapi segalanya ada. diatas ni gambar pasar tempat menjual barangan kering. ikan bilis dan antara barang yang ramai orang semenanjung cari adalh kopi tawau. baunya memang sedap.
Monday, November 07, 2016
Sunday, November 06, 2016
Saturday, November 05, 2016
Friday, November 04, 2016
5th day @ wisma persekutuan tawau
hari ini hanya berada di bandar tawau iaitu di bangunan persekutuan ini melakukan kerja 'editing' gambar yang diambil sepanjang seminggu yang lepas.
Thursday, November 03, 2016
4th day second half @ semporna
masjid yang terdapat di pusat bandar semporna. kebanyakan kubah masjid di sabah menggunakan kemasan bewarna perak.
4th day @ kunak
mana-mana tempat di sabah memang cantik. walaupun masih terdapat kesan kebakaran besar yang pernah berlaku di kunak ini, tempat ini masih memukau pandangan kerana kecantikanya. aktiviti utama di sini adalah menangkap ikan.
pasar tempat dimana pengujung boleh membeli hasil laut dengan harga yang sangat murah.
jeti tempat ikan segar sampai dari laut.
sangat bertuah hari in kerana dapat menyaksikan sendiri bot yang baru sampai membawa ikan segar. aktiviti disini menjadi sangat rancak pada waktu ini. ada masa kita bole membeli ikan dengan harga rm5 sahaja untuk satu baldi/bakul.
Wednesday, November 02, 2016
Third day noon @ tambisan
tambisan ini terletak paling hujung di negeri sabah. disini juga dikatakan terdapat kawasan sejarah peperangan seperti yang terdapat di tanduo. terdapat bot polis yang sentiasa berjaga disini.
Third day @ lahad datu
untuk malam kedua dan ketiga, felda residence sahabat menjadi tempat bermalam. Felda sahabat ini terletak di daerah lahad datu. dikatakan kawasa tanaman kelapa sawit disini lebih besar daripada negeri melaka.
ini adalah permadangan dari bilik penginapan. begitu hampir dengan pantai. tetapi dikatakan terdapat buaya dipantai ini. papan tanda amaran buaya juga ada diletakkan ditepi pantai.
Tuesday, November 01, 2016
Second day @ tawau
tempat menginap pertama di negeri bawah bayu daerah tawau ni. MB hotel tempat yang sangat strategik kerana berada di tengah bandar tawau ni. turun sahaja kebawah untuk makan malam kerana banyak restoran disekeliling hotel ini.
pandangan dari bilik hotel yang menarik kerana menghadap kawasan bandar sebelah pantai.
masjid yang berdekatan dengan hotel. boleh dilihat dari bilik hotel.
makan petang/malam di restoran yang berada berdekatan dengan hotel. dikatakan disini hidangan yang paling digemari adalah 'sanggar cheese'. tapi apa yang dijadikan alas perut untuk malam ini adalah 'nasi lalap'. dikatakan hidangan yang popular untuk makan tengahari atau malam. juga dihidangkan bersama lauk ikan, atas citarasa sendiri.
Monday, October 31, 2016
Wednesday, October 26, 2016
Dewan orang ramai, Kg. Bukit Changgang
mesyuarat pengerusi-pengerusi tabika kemas hari ni. ini kali kedua datang ke dewan selepas kali pertama pertengahan tahun untuk pertandingan hafazan si bongsu.
Sunday, October 02, 2016
Family day bangi @ a famosa melaka
akhirnya sampai juga di a'famosa water theme park pada tarikh ini. dari putrajaya bertolak pukul 6.30pagi, sampai ke sini pukul 8.00pagi selepas berhenti sarapan di warung tepi jalan 3km sebelum pintu masuk tempat ini. dari pukul 9.00pagi berendam dalam air dan pukul 3.00petang baru selesai.
Subscribe to:
Posts (Atom)